Macaws

27 October 2011 Leave a comment

Berasal daripada Amerika Selatan, Macaw adalah burung yang menarik dan menakjubkan. Berbagai variati spesies Macaw boleh didapati sebagai haiwan peliharaan, bermula daripada yang terkecil seperti Red Shouldered Macam (30 cm panjang) dan Yellow-Collared Macaw (38 cm panjang) kepada yang terbesar Scarlet Macaw (85 cm panjang).

Macaw adalah burung yang bijak dan memerlukan pemiliknya memberikan simulasi yang secukupnya bagi memastikan ia sihat dan gembira. Ini termasuk menyediakan banyak permainan yang boleh kunyah. Macaw mempunyai paruh yang kuat dan besar untuk mengunyah permainan ini.

Macaw mempunyai keupayaan untuk bercakap dengan baik, walau bagaimanapun, latihan yang berterusan diperlukan bagi menghalang burung yang cantik ini daripada menjadi terlampau bising. Macaw tergolong dalam kategori burung yang bersosial dan akan menjalin ikatan yang kuat dengan pemiliknya sekaligus menjadikannya sebagai burung peliharaan yang menarik.

Terdapat 18 spesies Macaw, termasuk yang telah pupus dan spesies yang terancam.

Taxonomic :

Anodorhynchus

 1. Glaucous Macaw (Anodorhynchus glaucus)
  • Asal : Amerika Selatan
  • Saiz : 70 cm (27.5 in) panjang

 2. Hyacinth Macaw atau Hyacinthine Macaw (Anodorhynchus hyacinthinus)
  • Asal : Amerika Selatan
  • Saiz : 100 cm (39 in) panjang
  • Sayap : 120-140 cm (48-56 in) lebar

 3. Lear’s Macaw atau Indigo Macaw (Anodorhynchus leari)
  • Asal : Brazil
  • Saiz : 70 cm (27.5 in) panjang

Taxonomic :

Cyanopsitta

 4. Spix’s Macaw atau Little Blue Macaw (Cyanopsitta spixii)
  • Asal : Brazil
  • Saiz : 55–57 cm (21.5–23.5 in) panjang

Taxonomic :

Ara

 5. Great Green Macaw atau Buffon’s Macaw
(Ara ambiguus)
  • Asal : Daripada Honduras ke Ecuador, tengah dan selatan Amerika
  • Saiz : 85–90 cm (33–36 in) panjang

 6. Blue-and-yellow Macaw atau Blue-and-gold Macaw (Ara ararauna)
  • Asal : Panama, Colombia sehingga ke selatan Brazil
  • Saiz : 80–90 cm (31.5–35.5 in) panjang

 7. Green-winged Macaw atau Red-and-green Macaw (Ara chloroptera)
  • Asal : Amerika Selatan, daripada Colombia ke utara Paraguay
  • Saiz : 90 cm (36 in) panjang

 8. Blue-throated Macaw (Ara glaucogularis)
  • Asal : utara Bolivia
  • Saiz : 75–85 cm (30–34 in) panjang

 9. Scarlet Macaw (Ara macao)
  • Asal : Mexio ke Colombia dan Amazon Basin
  • Saiz : 81–96 cm (32–36 in) panjang

 10. Military Macaw (Ara militaris)
  • Asal : Mexio, Venezula ke utara Argentina
  • Saiz : 70 cm (28 in) panjang

 11. Red-fronted Macaw (Ara rubrogenys)
  • Asal : tengah Bolivia
  • Saiz : 55–60 cm (21.5–23.5 in) panjang

 12. Chestnut-fronted Macaw atau Severe Macaw
(Ara severa)
  • Asal : Panama, Amerika Selatan dan Amazon Basin
  • Saiz : 81–96 cm (32–36 in) panjang

 13. Cuban Red Macaw (Ara tricolor)
  • Asal : Cuba dan Isla de la Juventud
  • Saiz : 50 cm (20 in) panjang

Taxonomic :

Orthopsittaca

14. Red-bellied Macaw (Orthopsittaca manilata)
  • Asal : Amerika Selatan
  • Saiz : 46 cm (18 in) panjang

Taxonomic :

Primolius

 15. Blue-headed Macaw atau Coulon’s Macaw
(Primolius couloni)
  • Asal : Amerika Selatan
  • Saiz : 41 cm (16 in) panjang

 16. Blue-winged Macaw atau Illiger’s Macaw
(Primolius maracana)
  • Asal : Amerika Selatan
  • Saiz : 40 cm (16 in) panjang

 17. Golden-collared Macaw atau Yellow-collared Macaw (Primolius auricollis)
  • Asal : Amerika Selatan
  • Saiz : 38 cm (15 in) panjang

Taxonomic :

Diopsittaca

 18. Red-shouldered Macaw atau Hahn’s Macaw
(Diopsittaca nobilis)
  • Asal : Amerika Selatan
  • Saiz : 30 cm (12 in) panjang

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Macaw

Categories: Macaw Tags:

Pembiakan Indian Ringneck

24 October 2011 Leave a comment

Terdapat 2 pendekatan yang boleh digunakan untuk membiakan Indian Ringneck dengan jayanya – – bezakan kurungan mengikut jantina atau mengikut pasangan secara kekal. Kedua-dua cara biasa diguna dengan begitu jayanya. Memilih pendekatan pembiakan adalah bergantung kepada keperluan penternak.

Indian Ringneck (photo: http://www.ogpbb.com)

MENGURUNG RINGNECK MENGIKUT JANTINA

Penternak yang membiakkan Indian Ringneck untuk mutasi biasanya akan mengasingkan burung jantan dengan burung betina. Hanya sebelum musim membiak, burung jantan akan dimasukkan ke dalam kurungan burung betina yang telah menunjukan tanda untuk membiak (menyediakan sarang – dalam nestbox). Jika pendekatan ini digunakan, langkah berjaga-jaga perlu diambil sebelum memperkenalkan burung jantan kepada burung betina.

Ringneck betina boleh menjadi sangat agresif, terutamanya dalam hal menjaga kawasannya. Ia akan menetapkan rentak memikat untuk memberitahu pasangannya mood pada ketika itu. Ringneck betina yang tidak dipantau boleh mencederakan atau membunuh pasangannya dengan cepat. Jadi, sebelum memasukkan ringneck jantan ke dalam kurungan ringneck betina, beberapa teknik boleh dilakukan untuk membantu mengurangkan sebarangan kelakuan yang aggresif.

  • Setelah ringneck betina menunjukan tanda-tanda ingin mengawan (biasanya dengan menghabiskan banyak masa di dalam nestbox), burung jantan hendaklah diletakkan berhampiran sangkar ringneck betina. Ringneck betina memerlukan masa untuk menerima kehadiran ringneck jantan sebelum ia dimasukan ke dalam sangkar ringneck betina. Pada masa ini, ringneck betina akan menghabiskan masa memanjat sangkar berhampiran ringneck jantan. Ringneck jantan akan mengecilkan matanya dan menunduk manakala si betina akan memalingkan kepalanya ke belakang. Biarkan keadaan ini selama seminggu atau sehingga anda pasti yang ringneck betina berminat dengan jantan itu sebelum meletakkan mereka bersama di dalam sangkar ringneck betina.

Setelah ringneck jantan dimasukkan ke dalam sangkar ringneck betina, ringneck betina mungkin akan mengejar ringneck jantan. Anda hendaklah selalu memantau sangkar untuk ringneck betina tidak mencederakan si jantan. Jika ringneck jantan dicederakan atau anda pasti pasangan ini tidak boleh bersama, ringneck jantan hendaklah dikeluarkan dari sangkar dan pasangan yang baru dicarikan untuk ringneck betina.

Satu daripada teknik yang terbaik adalah dengan memotong sikit sayap cukup-cukup untuk ringneck betina terbang masuk ke nestbox, tetapi tidak cukup untuk mencederakan pasangannya. Jika pasangan ringneck ini tidak boleh bersama tetapi anda masih mahu mengekalkan ia berpasangan, masukkan kedua-dua ringneck ke dalam sangkar baru dan letakkan sangkar ini di lokasi baru. Ini membantu menyelesaikan masalah ini kerana ia akan memaksa pasangan ini untuk menjalin ikatan.

MENGURUNG SETIAP PASANGAN SECARA KEKAL

Kaedah mengurung setiap pasangan secara kekal di dalam satu sangkar merupakan kaedah yang sesuai untuk digunakan kerana ia dapat mengurangkan sebarang kelakuan agresif. Ini dapat mengurangkan peratusan jantan diserang oleh sibetina kerana ikatan yang telah lama dijalin antara si jantan dan si betina.  Bila musim mengawan bermula, ringneck jantan dan betina akan menjadi berahi antara satu sama laini. Biasanya kedua-dua jantina ini akan melakukan kerja masing-masing sepanjang tahun, tetapi ia akan tertarik antara satu sama lain semasa musim mengawan. Bila ini berlaku, masa akan menentukan bila ringneck betina akan mula bertelur.

Mengurung kedua-dua jantina di dalam satu sangkar juga banyak faedahnya.

  1. Senang untuk menjangka berapa bagus kedua ringneck ini menjaga anaknya dan apa mutasi yang mungkin berlaku.
  2. Senang untuk menguruskan rekod anak ringneck dan dapat mengurangkan kerja secara amnya.

SANGKAR INDIAN RINGNECK

Sangkar untuk Indian Ringneck mestilah seberapa besar yang boleh. Saiz minimum sangkar untuk seekor Indian Ringneck sekurang-kurangnya 36″ tinggi x 18″ lebar x 24″ panjang. Jika terdapat sepasang Indian Ringneck, saiz minimum yang disyorkan adalah 6′ x 12′ x 4′. Ringneck betina boleh menjadi sangat aggresif kepada jantan terutamanya ketika luar daripada musim mengawan, ruang yang luas membolehkan ringneck jantan melarikan diri jika diperlukan.

Sumber : Disunting dan alihbahasa daripada

indianringneck.com,

http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_ringneck

http://www.ogpbb.com/saleem/green-indian-ringneck-03.html

Categories: Indian Ringneck, Pembiakan

Indian Ringneck / Rose-Ringed Parakeet

22 October 2011 Leave a comment

Indian RIngneck

Rose-Ringed Parakeet atau Indian Ringneck dikategorikan dalam parrot kecil yang juga dikenali parakeet. Burung ini mempunyai paruh bercangkuk, ekor yang panjang dan saiz yang agak kecil berbanding keluarga parrot yang lain. Indian Ringneck berukuran purata 40 cm (16 in) panjang termasuk ekor dengan setiap sayap berukuran 15-17.5 cm ((5.9–6.9 in).

Indian Ringneck liar berwarna hijau dengan tona warna biru di bahagian bawah dan bulu berwarna kuning di bawah sayap dan ekor. Kedua-dua burung jantan dan betina kelihatan serupa, tetapi Indian Ringneck jantan mempunyai gelang hitam di sekeliling lehernya. gelang ini diserlahkan dengan warna biru hijau, merah jambu dan biruIndian Ringneck berasal daripada Asia dan Afrika dan boleh dilihat dalam hutan atau persekitaran gersang. Amatlah jarang dapat melihat Indian Ringneck hidup di kawasan bandar. Burung-burung ini juga telah mengembang biak di kawasan lain daripada tempat asal mereka seperti di California dan Florida di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, Britain. Burung-burung ini dipercayai telah menyebabkan kerosakan besar kepada tanaman, namun sedikit bukti telah diterbitkan untuk membuktikan tuduhan ini.

Seperti kebanyakkan keluarga parrot yang lain, Indian Ringneck adalah burung yang cerdik dan sangat menarik untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Ia cepat untuk belajar dan suka menunjuk-nunjuk. Selain daripada bijak, ia juga senang untuk belajar berkata-kata.

MENGENALI JANTINA INDIAN RINGNECK

Indian Ringneck adalah “sexually dimorphic”, bermaksud mereka boleh dibezakan jantina secara visual. Parrot ini mencapai kematangan seksual ketika berumur 3 tahun bagi jantan dan sekitar 2 tahun bagi betina. Adalah amat sukar untuk membezakan jantina parrot ini ketika berumur di bawah 3 tahun. Satu cara yang boleh digunakan untuk mengetahui jantina Indian Ringneck ialah melalui ujian DNA. Ianya tidak mahal dan banyak syarikat akan menghantar kit percuma kepada sesiapa yang berminat. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengambil sedikit bulu dan hantar kembli kit tersebut. Ujian DNA mempunyai ketepatan 99.9% jika sampel tersebut tidak dicemari.

Jelas sekali, burung nuri ini telah diberi nama Rose-Ringed Parakeet atau Indian Ringneck , gelang di sekeliling leher burung jantan. Gelang ini mula kelihatan ketika berumur sekitar 17 bulan dan boleh mengambil masa sehingga 2 kali pertukaran bulu untuk menjadi lebih tebal, terang dan lebih gelap. Jika anda ingin mengetahui jantina burung anda sebelum berumur 17 bulan atau tanpa perlu ujian DNA, salah satu cara adalah dengan memerhatikan tingkah laku burung anda. Letakkan Indian Ringneck anda di hadapan cermin muka dan perhatikan kelakuannya. Ia akan mempamerkan gaya seperti membuka sedikit sayap dan sedikit menunduk menunjukkan bentuk hati manakala matanya akan mengecil

Kepala Indian Ringneck jantan juga lebih berpetak berbanding betina dan bulunya lebih rancak di sekeliling pipinya manakala ekornya juga lebih panjang. Teknik ini boleh digunakan kepada semua mutasi Indian Ringneck Indian Ringneck kecuali mutasi lutino dan albino.

Indian Ringneck betina tidak mempunyai gelang pada bahagian leher, tetapi terdapat sedikit warna hijau cerah yang juga membentuk cincin  pada bahagian leher.

 Indian Ringneck Jantan

Indian Ringneck Betina

Indian Ringneck Jantan

Indian Ringneck Betina

Sumber : Disunting dan alihbahasa daripada indianringneck.com

Categories: Indian Ringneck Tags:

African Grey Parrot

21 October 2011 Leave a comment

African Grey Parrot adalah salah satu burung peliharaan yang paling popular disebabkan oleh kebolehan ia untuk mengajuk percakapan. Burung yang menakjubkan ini bukan sahaja cantik dan menarik, malahan ia juga senang untuk berinteraksi dan mempunyai sifat ingin tahu. Personaliti dan sifat ingin tahu burung ini akan menakjubkan dan mengembirakan pemiliknya. African Grey Parrot tergolong di dalam kategori haiwan yang sangat bijak, menjadikan mereka haiwan peliharaan yang terbaik bagi penggemar burung parrot.

African Grey Parrot dibeli sebagai burung peliharaan kerana penampilannya yang menarik dan keupayaan untuk bercakap. Selain daripada bercakap, ia juga sangat mudah untuk mengajuk bunyi-bunyi yang terdapat pada persekitaran. Ia boleh mengajuk suara orang, bunyi burung-burung yang lain, bunyi deringan telefon dan banyak lagi. Walaupun mereka pandai bercakap dan mengajuk, African Grey Parrot bukanlah jenis burung yang suka menjerit bising dengan kuat seperti keluarga parrot yang lain. Dengan segala kelebihan yang ada pada African Grey Parrot menjadikan ia sangat popular, tetapi membela burung ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. African Grey Parrot yang sangat bijak ini akan cepat bosan jika tidak disediakan dengan stimulasi yang banyak. Ia memerlukan interaksi yang berterusan dengan pemilik selain alat-alat permainan yang pelbagai.

Walaupun  African Grey Parrot suka dipegang  ia masih memerlukan pengawasan semasa berinteraksi dengan manusia kerana naluri semulajadi sebagai haiwan liar masih wujud. Ia boleh digambarkan seperti kecerdikan yang sama seperti kanak-kanak berumur 5 tahun, tetapi emosi seperti kanak-kanak berumur 2 tahun.

Asal African Grey Parrot

African Grey Parrots (Psittacus erithacus), bersaiz sederhana ini boleh dijumpai di dalam hutan hujan di Barat dan Tengah benua Afrika.  African Grey Parrots mencapai kematangan ketika berumur 4 atau 5 tahun dan mempunyai jangka hayat lebih daripada 50 tahun di dalam kurungan.

Sejarah African Grey Parrots

Menyimpan African Grey Parrots sebagai haiwan peliharaan telah direkodkan seawal tahun 1800an di mana Dr. W.T. Greene di dalam beberapa siri bukunya termasuk siri yang bertajuk “The Grey and How to Treat it”, 1885. Pada awalnya, African Grey Parrots sering dipanggil dengan nama “Jaco” berkaitan dengan bunyi aslinya yang digunakan oleh pelayar-pelayar Portugis di dalam pelayaran mereka di laut.

Terdapat beberapa petikan sastera dan contoh lain penyimpanan African Grey Parrots sebagai haiwan peliharaan.Golongan bangsawan eropah menghargai haiwan ini kerana kecantikannya dan keupayaan untuk bercakap. Pada awal tahun 1500an, dikatakan Raja England, King Henry VII mempunyai burung African Grey Parrots yang di simpan di Hampton Court. Manuskrip terkenal oleh naturalis Jerman, Johann Matthäus Bechstein, karya klasiknya mengenai burung sangkar yang ditulis pada tahun1774, menggambarkan African Grey Parrots yang dimiliki oleh Kardinal Ascanius.

Jenis-jenis African Grey Parrots

Terdapat hanya tiga burung berbeza dalam genus Psittacus erithacus ini, dengan dua yang paling popular dikenali sebagai Congo African Grey Parrot dan Timneh African Grey. Sama ada ya atau  tidak ketiga-tiga jenis burung ini daripada spesies yang berbeza, subspesies atau hanya varian spesies utama erithacus Psittacus, ianya masih lagi didebatkan.

Spesies-spesies African Grey Parrots

 1. Congo African Grey Parrot (Psittacus erithacus).

African Congo Grey Parrots

Congo African Grey Parrot adalah spesies nominal bagi genus Psittacus erithacus. Ia boleh dijumpai di kawasan barat-tengah Afrika terutamanya dalam lingkungan 10 darjah ke utara dan selatan kawasan ini. Congo African Grey Parrot juga dikenali dengan nama Red Tailed Grey, dan jika di dalam pusat pembiakkan, ia dikenali dengan nama pendek CAG.

Congo African Grey Parrot berbadan kelabu gelap dengan tampalan merah pada bahagian bawah ekor. Ia berukuran di antara 13 – 16″ (32.5 – 40.6 cm) panjang daripada paruh ke ekor dan berat di antara 400 – 650 gram. Kadangkala bulu berwarna merah dapat dilihat pada keseluruhan badan, dan variati ini dikenali sebagai Red Factor Grey.

 2. Timneh African Grey Parrot (Psittacus erithacus timneh)

Timneh African Grey Parrot

Timneh African Grey Parrot secara semulajadi boleh dijumpai di Liberia, Sierra Leone, dan bahagian barat Ivory Coast. Ia juga dikenali sebagai TAG di pusat pembiakkan.

Timneh African Grey Parrot mempunyai warna kelabu yang lebih gelap berbanding Congo African Grey Parrot. Ia mempunyai ekor berwarna jingga. Ia juga berbeza daripada Congo African Grey dari segi saiz. Berbanding dengan Congo African Grey, Timneh African Grey Parrot lebih kecil dengan panjang antara 11 – 13″ (27.5 – 32.5 cm) daripada paruh ke ekor dan berat di antara 275 – 400 gram.

 3. Psittacus erithacus princeps

Psittacus erithacus princeps

Psittacus erithacus princeps boleh dijumpai hanya di kepulauan Principe dan Gernando Po di teluk Guniea. Psittacus erithacus princeps berwarna lebih gelap berbanding Congo African Grey Parrot dan Timneh African Grey Parrot.

Disunting dan dialihbahasa daripada animal-world

Categories: African Grey Tags:

Pembiakan Lovebird

20 October 2011 Leave a comment

Lutino Peach Faced Lovebirds

Lovebird adalah burung yang banyak dibiakkan di dalam sangkar (bergantung kepada spesies). Berikut adalah beberapa perkara dan peraturan yang perlu diberi perhatian sebelum anda melakukan pembiakan Lovebird. Ini adalah sebagai panduan sahaja bukannya kemestian kerana suatu perkara itu juga mungkin berlainan antara seseorang dengan seseorang yang lain bergantung kepada faktor persekitaran, cuaca, lokasi dan cara seseorang itu menguruskan pembiakan Lovebirds.

1. ADAKAH SAYA INGIN MEMBIAKKAN LOVEBIRDS?

Membiakkan burung Lovebird adalah sangat menyeronokkan. Ia boleh menjadi sebagai satu pendidikan, cabaran, memenuhi emosi dan menjadi satu ketagihan. Ia boleh jadi juga sesuatu yang memerlukan modal yang tinggi, memenatkan, mengecewakan dan mematahkan semangat. Terdapat banyak perkara yang baik dan buruk jika ini menjadi seorang penternak. Satu dari sebab yang baik adalah anda terpesona dengan burung dan ingin mengenali dengan lebih mendalam lagi burung ini, anda tidak kisah lewat tidur dan anda mempunyai bayak duit lebih yang boleh digunakan untuk membeli makanan burung, sangkar, barangan pembersihan dan perubatan (spt vitamin dan mineral).

Jika anda fikir bahawa menternak burung lovebird sesuai dengan anda, cuba buat perancangan dahulu.

  • Berapa serius anda ingin menceburi bidang ini?
  • Adakah ingin mempunyai satu atau dua pasang, atau anda mahukan aviari yang besar?
  • Jika lovebird anda menetaskan telur, apa yang anda ingin lakukan dengan mereka?
  • Adakah anda mempunyai masa untuk “hand-feed” anak-anak burung ini atau adakah ibu-bapanya yang membesarkannya?
  • Adakah anda ingin menjual anak burung ini, jika ya, di mana dan bagaimana? (kebanyakan penternak yang berpengalaman akan memberitahu, adalah senang untuk membesarkan anak burung daripada menjualnya?

Buat perancangan untuk diri dan burung anda. Anda boleh selalu menukar perancangan jika perlu, tetapi ia amat membantu anda mengetahu matlamat dan had anda.

  • Berapa banyak burung yang ingin anda miliki?
  • Adakah warna yang spesifik yang anda mahu hasilkan?
  • Apa burung yang anda hendak ia lakukan apa yang anda hendaki dan di manakah hendak dapatkan ia?
  • Berapa banyak kos yang anda jangkakan, dan berapa banyak anak burung yang mesti anda jual untuk mendapatkan kembali modal anda?

Bagi penternak muda, adalah dinasihatkan untuk bermula dengan kecil-kecilan dahulu. Adalah amat mudah untuk membesarkan saiz aviari anda daripada anda cuba untuk mengecilkan saiz aviari anda. Bermula secara kecil-kecilan memberikan peluang kepada anda untuk betul-betul mengenali burung anda, belajar untuk melihat apa yang perlu dan belajar apa yang sangat anda mahukan. Adalah sangat mudah untuk cepat putus asa. Kebanyakan penternak akan mula bosan dalam tempoh beberapa tahun kerana mereka telah hilang kawalan ke atas saiz aviari mereka dan menyebabkan bebanan kerja yang terlalu banyak dan menyebabkan aktiviti pembiakkan menjadi tidak seronok lagi.

Lebih banyak pengetahuan dan persediaan mengenai pembiakan sebelum anda mula membiakkan lovebird, lebih terurus dan seronok untuk anda membiakkan lovebird.

2. PERATURAN

Bilamana anda berhadapan dengan situasi baru dengan lovebird anda sama ada masalah, persoalan, sesuatu yang menarik atau tak dijangkakan, berikut adalah beberapa peraturan yang perlu anda ikuti sebagai panduan.

  • Beri Perhatian
  • Percaya Akan Tindakan Anda

Walaupun nampak mudah, tetapi jika ianya tidakan diikuti akan mendatangkan masalah yang besar kepada aviari anda.

Peraturan#1 : Beri Perhatian.

Seperti yang dikatakan oleh Yogi Berra: “anda boleh memantau dengan hanya melihat”. Ambil sedikit masa untuk memerhatikan bagaimana burung anda berinteraksi di antara satu sama lain. Ini bukanlah termasuk yang dilakukan ketika anda menukar makanan dan air burung anda. Anda sepatutnya duduk di satu sudut aviari anda yang tidak mendatangkan gangguan kepada burung anda dan perhatikan kelakuan mereka. Berikan sedikit masa dan burung-burung ini akan mula tidak menghiraukan kehadiran anda dan melakukan interaksi antara satu sama lain seperti biasa. Ini akan memberikan anda peluang untuk anda mengenali dan belajar tingkah laku burung anda, dan sama ada setiap pasangan burung berkomunikasi dengan baik antara satu sama. Juga di dalam rutin seharian anda, anda perlu memberikan tumpuan kepada setiap perincian. Adakah bekas makanan selalu kosong bila anda periksa? Ia berkemungkinan yang burung betina anda menumpahkan makanan keluar bekas kerana ia berminat untuk membuat sarang di situ ataupun ia sengaja untuk membiarkan diri dan pasangannya kelaparan dengan membuang semua makanan yang ada di dalam bekas makanan. Menambahkan bekas makan kedua yang lebih kecil  mampu mengelakkan tragedi ini.

Ini hanyalah satu contoh yang anda dapat lihat dengan hanya memerhati. Amatlah banyak contoh-contoh lain yang dapat anda perhatikan seperti dalam sangkar yang mempunyai lebih daripada sepasang burung, mungkin akan ada burung terutamanya yang betina yang bersikap “bossy”, dengan mengawal tempat makanan dan menghalang burung lain daripada makan.

Kesimpulannya, banyak yang dapat anda pelajari dengan melihat dan memantu burung  daripada anda belajar daripada mana-mana laman web mahupun buku-buku berkaitan burung.

Peraturan#2 : Percaya Akan Tindakan Anda

Ini adalah satu peraturan yang sangat susah hendak diikuti, terutamanya jika anda tidak begitu percaya dengan pengetahun dan kelebihan yang ada pada anda. Ingat! setiap burung lovebird adalah berasingan dan tiada siapa yang lebih mengenali burung anda daripada diri anda sendiri. Ini bukalah bermaksud anda tidak perlu merujuk kepada buku-buku, veteriner, ataupun penternak yang lebih berpengalaman, tetapi ianya adalah untuk memastikan bahawa anda tahu nasihat yang mana yang anda  sesuai dan tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada burung anda. Jangan hanya kerana buku atau penternak lain mengatakan itu ini tentang lovebird, ia boleh digunakan kepada burung lovebird anda. Jika anda tidak pasati, anda harus lebih bertanya kepada penternak-penternak lain ataupun sumber-sumber lain, tetapi selalu ingat! Apa yang anda belajar daripada burung anda adalah lebih penting daripada apa yang anda belajar daripada sumber yang lain.

3. SANGKAR

Saiz dan bentuk sangkar selalunya berbeza kepada setiap orang, sama ada yang dibuat sendiri mahupun yang dibeli. Prinsip “Besar lebih Baik” mungkin juga ada benarnya, tetapi terdapat banyak yang tidak bersetuju dengan idea “Berapa besar?”. Biasanya aviari luaran boleh menempatkan banyak sangkar-sangkar besar dan dalam banyak keadaan, ruang yang ada akan menghadkan saiz dan rekabentuk sangkar. Sesetengah penternak membiakkan pasangan lovebird dalam kumpulan manakala sesetengah yang lain pula membiakan setiap pasangan lovebird dalam sangkar yang berasingan. Berikut adalah kelebihan dan kekurangan membiakkan setiap pasangan lovebird di dalam sangkar yang berasingan.

Kelebihan:-

  1. Kadar peratusan anak burung yang menetas lebih tinggi.
  2. Senang untuk membiakkan mutasi warna burung lovebird yang diperlukan.
  3. Mengelakkan pembiakkan mutasi warna yang tidak dikehendaki.
  4. Mengelakkan pergaduhan antara burung-burung.

Kekurangan:-

  1. Memerlukan lebih banyak ruang dan lebih banyak sangkar.
  2. Memerlukan lebih banyak masa dan tenaga untuk menguruskan.

Sangkar Lovebird:

  1. Saiz – 30 inci panjang x 14 inci lebar x 14 inci tinggi.
  2. Pintu – 2 pintu bersaiz 6 inci x 6 inci di bahagian hadapan.
  3. Bekas air disebelah dalam kiri atau kanan sangkar.
  4. Bekas makanan disebelah yang satu lagi.

Sekarang, pasti ada yang berfikir, “30 inci panjang? Kecilnya” manakala yang lain mungkin berfikir “30 inci panjang? Besarnya”. Apa yang boleh dikatakan, ini adalah sangkar yang sesuai untuk membiakkan burung lovebird. Sangkar bersaiz 30 inci adalah saiz sangkar yang senang untuk diuruskan bagi aviari dalaman, tetapi masih menyediakan ruang untuk burung terbang dari satu hujung ke satu hujung. Sesetengah burung memerlukan banyak dahan untuk bertenggek, tetapi bagi lovebird, ruang utntuk terbang yang mencukupi baik untuk kesihatan bagi jangka masa pendek dan panjang.

Jika anda bercadang untuk membuat sangkar anda sendiri, adalah amat penting untuk mendapatkan kawat yang sesuai bagi sangkar anda. Kawat yang sesuai digunakan adalah daripada jenis steel wire mesh 1″x1/2″. Jangan sesekali menggunakan saiz 1″x1″ kerana ia membolehkan lovebirds memasukkan kepala mereka kedalam kawat, walaupun badannya tidak dapat lepas. Saiz ini  boleh membahayakan burung jika ia terperanjat dan mengelepar yang menyebabkan lehernya patah tersangkut pada kawat.

Satu lagi bahaya adalah menggunakan kawat bersalut zink kerana kawat bersalut zink senang retak dan pecah yang membolehkan burung anda menelan zink ini. Zink adalah merbahaya kepada burung anda.

Jika anda ingin meminimakan masa yang digunakan dalam rutin harian membersih dan mengisi makan, dan harga bukan satu masalah, membeli sangkar yang telah siap daripada kedai adalah cara yang terbaik. Walau bagaimanapun banyak sangkar yang dijual sesuai untuk digunakan sebagai sangakr haiwan peliharaan, bukanya sebagai sangkar penternakan. Pastikan sangkar yang anda beli boleh memuatkan “Nestbox”.Saiz “nestbox” yang sesuai bagi burung lovebird adalah 12″x12″x12″ dengan lubang masuk berdiameter 3 inci .

Sumber : Dialih bahasa daripada laman web http://www.africanlovebirdsociety.com/

Categories: Lovebird, Pembiakan Tags: ,

Mutasi Cockatiel

18 October 2011 Leave a comment

NORMAL GREY COCKATIEL

Cockatiel jantan Kelabu Biasa
Cockatiel betina Kelabu Biasa
 Badan berwarna kelabu gelap sekata seluruhnya. Cockatiel jantan mempunyai kepala yang berwarna terang jelas dengan warna kuning yang mendalam dan tampalan pipi berwarna oren terang. Bulu sayap jelas berwarna gelap bersih. Cockatiel betina sama dengan jantan kecuali pada bahagian bawah ekor mempunyai corak sekatan.

HEAVY PIED (Recessive Pied)

Cockatiel jantan “Heavy Pied”

Cockatiel betina "Heavy Pied"

Warna kuning 75% kepada 25% kelabu gelap dengan bulu ekor penerbangan (tidak kelabu) yang jelas. Tanda simetri sekelabu yang mungkin. Kawasan kepala hendaklah tidak mempunyai bulu gelap. Cockatiel boleh mempunyai apa-apa warna asas.

WHITEFACE HEAVY PIED (Recessive Pied)

Corak warna sama dengan “Heavy Pied”, tetapi warna kuning digantikan dengan warna putih. Kawasan kepala, ekor dan sayap penerbangan tiada warna gelap. Cockatiel boleh mempunyai apa-apa warna asas.
Categories: Mutasi Tags: ,

Cockatiel

18 October 2011 Leave a comment

Cockatiel (Nymphicus hollandicus), juga dikenali sebagai Quarrion dan Weiro merupakan spesis burung kakaktua kecil ekor-panjang yang berasal dari Australia. Ia telah dibela sebagai haiwan peliharaan lebih daripada 160 tahun, semenjak burung pertama dibawa daripada Britain dan menduduki tempat kedua dari segi populariti di belakang Budgerigar.

Cockatiel adalah satu-satunya ahli di dalam genus Nymphicus. Ia dahulunya dianggap sebagai burung kakaktua kecil atau nuri berjambul; walaubagaimanapun kajian terkini Cockatiel diletakkan di bawah sub keluarga kakaktua Calyptorhynchinae (biasanya dikenali sebagai Kakaktua Gelap). Oleh itu, ia kini dikelaskan sebagai Cacatuidae terkecil. Cockatiel adalah burung asal dari wilayah pedalaman di tanah besar.

Cockatiel berukuran 12 inci panjang jika dikira termasuk bulu ekornya dan mempunyai berdozen warna dan corak bulu. Cockatiel sesuai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan individu dan keluarga. Saiznya menjadikannya menarik untuk didekati oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Cockatiel juga mampu hidup sehingga 20 tahun, senang untuk diuruskan dan mampu dimiliki.

Kumpulan kecil antara dua hingga 12 ekor burung biasanya berkumpul bersama dan hidup di pendalaman Australia memakan biji benih dan lain-lain tumbuhan. Habitat mereka termasuk kawasan terbuka eucalyptus savanna sehingga ke kawasan padang rumput gersang dan di keseluruhan benua Australia kecuali di kawasan pantai. Cockatiel bergantung kepada hujan untuk bekalan air. Setelah bekalan makan dan air mencukupi didapati, musim membiak cockatiel akan bermula.

Cockatiel liar aktif pada awal pagi dan lewat petang. Pada waktu ini, biasanya mereka akan menuju ke tempat punca air untuk minum, dan terbang dengan cepat meninggalkan kawasan itu untuk mengelakkan burung pemangsa. Cockatiel menghabiskan banyak masa mereka di tanah untuk mencari makanan dan berehat di sepanjang dahan-dahan mati pada pertengahan hari. Warna badan kelabu banyak membantu mereka menyamarkan diri dengan persekitaran berbanding variati lain yang lebih cerah warnanya.

Cockatiel Jantan atau Betina?

Amatlah sukar untuk mengenal pasti jantina Cockatiel muda (ketika berumur kurang 6 bulan). Setelah mengalami perubahan yang pertama ketika berumur di antara 6 – 9 bulan, ciri-ciri cockatiel dewasa akan menonjol pada cockatiel yang membolehkan pengesanan jantina dilakukan.

Perbezaan jantina Cockatiel Kelabu biasa

Ciri

Jantan

Betina

Muka Warna kuning terang Warna kelabu dengan kesan kuning pucat
Badan Warna Kelabu Gelap Warna Kelabu Gelap dengan tinta warna kelabu kecoklatan.
Ekor Warna kelabu tanpa corak di bawah ekor Warna kelabu dengan corak di bawah ekor.

Cockatiel Jantan

Cockatiel Betina

Bagi variati lain seperti albino, cinnamon, lutinos, pearl dan pied, lebih sukar untuk dibezakan jantinanya. Di bawah adalah sebagai panduan untuk membezakan jantina cockatiel bagi variati yang lain.

Ciri

Jantan

Betina

Muka Cockatiel jantan berwarna cerah dan sedikit gelap dengan tampalan warna oren berbanding betina.
Bunyi Vokal yang menarik dan suka bersiul Agak senyap
  Bersiul dan memangil Berciut dan berdesis
Categories: Cockatiel Tags:
%d bloggers like this: